ISRAEL BAKAL ARAH SUARA AZAN DIPERLAHANKAN

Baitulmaqdis

Al-Quds 3 Januari 2019 – Hadashot TV melaporkan pada Selasa lepas bahawa Datuk Bandar Baitulmaqdis, Moshe Lion sedang dalam perancangan untuk mengarahkan semua masjid di Baitulmaqdis supaya  memperlahankan suara azan semasa ia dilaungkan.  

Agenda ini merupakan salah satu inisiatif Lion yang baru sahaja memenangi pusingan kedua dalam pilihanraya perbandaran November lepas.

Wartawan melaporkan bahawa pembesar suara yang sedia ada di masjid akan digantikan dengan pembesar suara baru yang lebih ‘perlahan’ agar tidak melampaui had suara yang dibenarkan sebagaimana yang termaktub dalam Akta Kebisingan Suara. Polis Israel dibenarkan untuk bertindak memperlahankan suara pembesar suara sekiranya ia melampaui had yang dibenarkan.

“Matlamat kami adalah untuk menangani isu ini dengan semua pihak yang berkaitan supaya semua yang terlibat akan berpuas hati,” kata Lion. – AL-QUDS FOUNDATION MALAYSIA

Leave a Reply