Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAYAR FIDYAH ONLINE DI SELANGOR: MAIS

DALAM NEGARA

BAYAR FIDYAH ONLINE DI SELANGOR: MAIS

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyediakan khidmat pembayaran fidyah secara atas talian (online) berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan COVID-19.

Fidyah adalah bayaran denda dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat menggantikan puasa di bulan Ramadan pada sesuatu tahun, sehingga tibanya Ramadan tahun berikutnya.

MAIS dalam kenyataannya hari ini berkata kadar fidyah di Selangor tidak akan berganda walaupun melangkau tahun dan dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak.

“Kadar berubah mengikut harga ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat dan kadar di Selangor adalah RM1.80 untuk setiap hari puasa yang wajib digantikan,” kata kenyataan MAIS.

Umat Islam yang ingin membayar fidyah boleh melayari http://www.mais.gov.my atau bayaran boleh dibuat di http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading