MAJLIS AYAH: PROGRAM TADABBUR BERINTERAKSI DENGAN AL-QURAN

KUALA LUMPUR: Bermula Ramadan ini, satu program khas tadabbur ayat-ayat keluarga berinteraksi dengan Al-Quran “Majlis Ayah: Ayah Pemimpin Masuk Syurga Sekeluarga” akan dibawakan khas kepada umat Islam.

Program khas ini akan disiarkan di Facebook Sinar Harian dan TV AlHijrah serta Facebook Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Mulai 1 Ramadan hingga 29 Ramadan 1441H, jam 6 hingga 7 petang, bersiaran dari Masjid Negeri Selangor (Shah Alam), Masjid Salahuddin Abdul Aziz Shah, sesi berinteraksi dengan Al-Quran; Baca, Faham dan Amal khusus buat para lelaki, terutamanya para Ayah akan disiarkan secara langsung melalui FB Live platform terbabit.

Antara pengisian menarik Majlis Ayah ini ialah sesi pertama yang dimulakan dari membina perancangan bersama para Ayah; Baca dan Tadabbur Ayat-ayat Al-Quran bersama Qari Pilihan dan Pentadabbur; Dengarkan Pesan Ayah, Pesan Pakar dan Pesan Ulamak buat para Ayah; Panduan serta Solusi dari Al-Quran untuk pelbagai cabaran yang dihadapi; 14 komunikasi antara Ayah dan anak di dalam Al-Quran dari 17 komunikasi ibubapa dan anak. Kita hayati mesejnya buat para Ayah; dan Call to Action buat para Ayah dan Doa bersama.

“Semoga negara ini terbina dengan  para Ayah dengan mindset Al-Quran, memimpin keluarga, isteri dan anak-anak Masuk Syurga Sekeluarga,” kata kenyataan program Majlis Ayah melalui whatsapp di sini hari ini. – AlHijrah Online

Leave a Reply