Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAYI PEREMPUAN DITINGGALKAN DI KEDAI MAKAN

DALAM NEGARA

BAYI PEREMPUAN DITINGGALKAN DI KEDAI MAKAN

Seorang bayi perempuan yang cukup sifat ditinggalkan di dalam sebuah beg di kawasan kedai makan di Pangsapuri Sri Rakyat, Bandar Baru Bukit Jalil, Ahad lepas.

KUALA LUMPUR: Seorang bayi perempuan yang cukup sifat ditinggalkan di dalam sebuah beg di kawasan kedai makan di Pangsapuri Sri Rakyat, Bandar Baru Bukit Jalil, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata bayi berusia kira-kira dua bulan itu ditemukan orang awam pada 10.49 pagi sebelum menghubungi talian Mers999.

Menurutnya pasukan perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang membuat pemeriksaan mengesahkan bayi berkenaan berada dalam keadaan sihat.

“Siasatan lanjut sedang dibuat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di talian 013-2165881 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584/585.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading