KUALA LUMPUR: Memanfaatkan teknologi IT bagi mengurangkan amalan ziarah menziarah untuk meminimumkan risiko Covid-19 antara saranan dalam Kit Panduan Sambutan Aidilfitri Di Rumah Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikeluarkan hari ini.
Kit panduan dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) itu juga menyatakan secara jelas bahawa aktiviti ziarah, jika mahu dilakukan juga, hanya dibenarkan pada hari pertama raya, tidak melebihi 20 individu (mengikut saiz rumah) dan menjaga penjarakan sosial 1 meter serta amalan kebersihan diri.
Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Paimuzi Yahya menasihatkan orang ramai untuk bersederhana dalam sambutan Aidilfitri mengikut syariat Islam pada tahun ini.
Katanya, amalan yang berbentuk tradisi boleh ditangguhkan bagi menjaga keselamatan ahli keluarga ekoran risiko ancaman Covid-19.
“Sukacita dimaklumkan, bahawa JAKIM telah menerbitkan Kit Panduan Sambutan Aidilfitri di Rumah Semasa PKPB. Kit ini mengandungi amalan yang dituntut kepada umat Islam untuk dilakukan semasa sambutan Aidilfitri.
“Oleh kerana sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini berlangsung dalam tempoh PKPB, maka kerajaan telah menyarankan umat Islam supaya menyambut Hari Raya Aidilfiri secara sederhana dengan mengutamakan amalan-amalan yang dituntut dalam syariat Islam sahaja.
“Amalan sambutan perayaan yang berbentuk tradisi bolehlah ditangguhkan demi menjaga keselamatan dan kesihatan yang lebih utama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata Kit Panduan Sambutan Aidilfitri di Rumah Semasa PKPB yang disediakan JAKIM mengandungi panduan umum sambutan hari raya seperti amalan sunat dan wajib sempena hari raya, panduan takbir, solat dan khutbah hari raya.
“Saya dan seluruh warga JAKIM turut mendoakan agar semua umat Islam dapat mengamalkan normal baharu dalam menyambut hari raya dan semoga negara kita kembali pulih daripada wabak Covid-19, ” katanya.
Kerajaan menguat kuasakan PKPB sehingga 9 Jun depan dengan memberi kelonggoran pergerakan atas pertimbangan ekonomi dengan pematuhan SOP pencegahan ketat bagi mengekang penularan Covid-19. — AlHijrah Online/ Syed Azwan Syed Ali
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked