Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BOMBA SELAMATKAN KANAK-KANAK TERPERANGKAP DALAM KERETA

DALAM NEGARA

BOMBA SELAMATKAN KANAK-KANAK TERPERANGKAP DALAM KERETA

Seorang kanak-kanak lelaki terperangkap di dalam kereta yang terkunci di sebuah stesen minyak di Bandar Behrang, Tanjung Malim hari ini.

lPOH: Seorang kanak-kanak lelaki terperangkap di dalam kereta yang terkunci di sebuah stesen minyak di Bandar Behrang, Tanjung Malim hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dalam satu kenyataan berkata Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim menerima panggilan mengenai insiden itu pada 8.44 pagi tadi.

“Setibanya anggota di tempat kejadian, seorang kanak-kanak berusia setahun tujuh bulan terperangkap di dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Ford Ranger dengan enjin masih hidup semasa bapanya mengisi minyak,” katanya.

Beliau berkata anggota bomba menggunakan peralatan khas dan mengambil masa kira-kira 15 minit untuk membuka pintu kereta tersebut sehingga berjaya dan operasi tamat sepenuhnya pada 9.11 pagi.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading