COVID-19: JEPUN LANJUT PERINTAH BERKURUNG HINGGA 31 MEI

ANKARA: Jepun memutuskan untuk melanjutkan perintah berkurung hingga 31 Mei depan ekoran penularan wabak koronavirus, demikian lapor media tempatan hari ini.

Menurut Kyodo News, pihak kerajaan memaklumkan kepada parlimen mengenai rancangan melanjutkan tempoh berkurung itu selepas menerima nasihat panel pakar kesihatan.

Perdana Menteri Shizo Abe dijangka mengumumkan tempoh lanjutan itu hari ini dalam pertemuan dengan media jam 6 petang waktu tempatan, kata agensi itu dipetik Anadolu.

Bagaimanapun, negara itu juga dijangka melonggarkan sekatan terhadap aktiviti sosial dan ekonomi di beberapa wilayah.

Perintah berkurung diisytiharkan di Jepun pada 7 April lalu.

Jepun kini merekodkan lebih 15,000 kes koronavirus dengan 550 kematian, demikian menurut Kyodo News. – Terjemahan AlHijrah Online

Leave a Reply