COVID-19: JORDAN TAMATKAN SEKATAN EKONOMI RABU INI

AMMAN: Jordan mengumumkan akan menarik balik sekatan ekonomi pada Rabu ini selepas negara itu tidak lagi merekodkan kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam sehingga semalam.

Agensi berita Anadolu melaporkan Menteri Industri dan Perdagangan Jordan, Tariq Hammouri dalam sidang media semalam berkata semua sektor industri akan kembali beroperasi.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Saad Jaber berkata tiada kes baharu koronavirus dicatatkan di Jordan dalam tempoh 24 jam.

Sebanyak 461 kes jangkitan dilaporkan di Jordan dengan 9 kes maut. Daripada jumlah itu, 370 kes telah sembuh.

Bermula di Wuhan, China pada Disember lalu, virus itu telah membunuh 246,000 nyawa di seluruh dunia dengan jangkitan keseluruhan melebihi 3.48 juta di 187 negara.

Daripada jumlah itu, lebih 1.11 juta kes dilaporkan sembuh, demikian menurut data Universiti Johns Hopkins. – Terjemahan AlHijrah Online

Leave a Reply