Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

COVID-19: SATU KES JANGKITAN KETIKA ZIARAH AIDILFITRI

DALAM NEGARA

COVID-19: SATU KES JANGKITAN KETIKA ZIARAH AIDILFITRI

KUALA LUMPUR: Sejumlah 43 kes positif Covid-19 baharu dilaporkan hari ini dengan satu kes dikesan mendapat jangkitan ketika aktiviti ziarah pada hari raya pertama.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes jangkitan ketika kunjungan aidilfitri itu dikesan di Negeri Sembilan.

“Satu kes kontak rapat kepada kes positif Covid-19 iaitu kes ke-7756 di Negeri Sembilan. Kontak berlaku semasa aktiviti kunjung mengunjung pada hari raya pertama lalu,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya.

Dr Noor Hisham berkata daripada 43 kes positif yang dikesan hari ini, 38 daripadanya adalah penularan tempatan dan lima lagi adalah kes import.

Katanya, pertambahan kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia kini meningkat kepada 8445 kes.

Beliau juga memaklumkan satu kematian direkodkan hari ini menjadikan angka keseluruhan korban 120 kes. – AlHijrah Online / Zaim Zamani


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading