COVID-19: TIGA NEGERI TERMASUK DUA ZON MERAH, CATAT TIADA KES AKTIF – CPRC KKM

KUALA LUMPUR: Tiga negeri termasuk dua daerah Zon Merah COVID-19 iaitu Kota Bharu, Kelantan dan Hilir Perak, Perak menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila mencatatkan sifar atau tiada kes aktif, setakat 12 tengah hari semalam.

Berdasarkan infografik Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dikongsi melalui media sosial rasmi KKM hari ini, tiga negeri itu ialah Perlis, Kedah dan Kelantan. 

Sementara itu, 15 daerah Zon Merah pula mencatat bacaan jumlah kes aktif antara 1 hingga 40 membabitkan lima di Selangor; tiga di Johor dan Sabah, dua di Pahang serta satu di Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Perak.

Di Selangor, membabitkan daerah Gombak (14), Klang (15), Sepang (tiga), Petaling (37) dan Hulu Selangor (satu); Batu Pahat (12), Kulai (22), dan Muar (25) di Johor; Cheras, Kuala Lumpur (27); Putrajaya (27); Rembau, Negeri Sembilan (satu); Jasin, Melaka (15); Jeratut, Pahang (18) dan Kinta, Perak (satu).

Daerah Zon Merah dengan kes aktif lebih 40 pula ialah Hulu Langat, Selangor (66); di Kuala Lumpur ialah Kepong (94), Lembah Pantai (293) dan Titiwangsa (62); Melaka Tengah, Melaka (48); Seremban, Negeri Sembilan (57); Kuching (165) dan Kota Samarahan (64), Sarawak.

Jumlah keseluruhan Zon Merah kekal 30 daerah seluruh negara.

Zon Merah mewakili jumlah positif COVID-19 melebihi 41 kes, Zon Kuning (1- 40 kes) dan Zon Hijau tiada kes.

Negeri Selangor masih mencatat bilangan kes positif COVID-19 paling tinggi iaitu 1,404 kes. — BERNAMA

Leave a Reply