Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA BERADIK TERMASUK SEORANG SINDROM DOWN RENTUNG DALAM KEBAKARAN RUMAH

DALAM NEGARA

DUA BERADIK TERMASUK SEORANG SINDROM DOWN RENTUNG DALAM KEBAKARAN RUMAH

Mangsa, Muhammad Huzaifah Ab. Halim, 31, yang mengalami masalah kesihatan dan adik bongsunya yang mengalami sindrom Down, Aisyah Ab. Halim, 22, dipercayai terperangkap dalam kebakaran rumah terbabit kira-kira pukul 8.30 malam.

KOTA BHARU: Dua beradik termasuk seorang yang mengalami sindrom Down ditemui rentung selepas rumah keluarga mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Mentuan, Binjai di sini malam tadi.

Mangsa, Muhammad Huzaifah Ab. Halim, 31, yang mengalami masalah kesihatan dan adik bongsunya yang mengalami sindrom Down, Aisyah Ab. Halim, 22, dipercayai terperangkap dalam kebakaran rumah terbabit kira-kira pukul 8.30 malam.

Menurut jiran mangsa, yang juga sepupu kepada dua beradik itu, Siti Salwani Husin, 35, ketika kejadian dia sedang berehat di dalam bilik di rumahnya yang terletak bersebelahan kediaman mangsa sebelum terkejut mendengar bunyi letupan dan merasa bahang panas.

“Saya nampak api marak di bahagian dapur mereka dan Aisyah menjenguk keluar dari jendela sambil melambai-lambai minta pertolongan.

“Saya menyuruhnya supaya segera terjun tetapi dia tidak terjun. Dalam keadaan panik, api terus marak dan asap tebal menyebabkan saya gagal untuk masuk ke rumah kayu itu bagi menyelamatkannya,” katanya.

Menurutnya, ketika kejadian, ibu dua beradik tersebut iaitu guru mengaji al-Quran, Robiah Ismail, 59, berada di masjid kira-kira 300 meter dari rumah mereka.

Rubiah dikatakan setiap malam akan solat berjemaah di masjid dan akan meninggalkan dua anaknya Huzaifah dan Aisyah di rumah yang tidak berkunci.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Mohd Wildan Azhari, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 8.58 malam, dan tiba ke lokasi, 10 minit kemudian.

Katanya, mayat Mohd Huzaifah ditemui di dalam bilik air, manakala mayat Aisyah pula ditemui di ruang tamu dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading