Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA WANITA TERSEPIT, KERETA DIHEMPAP POKOK TUMBANG

DALAM NEGARA

DUA WANITA TERSEPIT, KERETA DIHEMPAP POKOK TUMBANG

Dua orang wanita cedera akibat tersepit selepas kereta dinaikinya dihempap sebatang pokok yang tumbang di kawasan Seksyen 7, Shah Alam, tengah hari tadi.

Sumber: JBPM Selangor

SHAH ALAM: Dua orang wanita cedera akibat tersepit selepas kereta dinaikinya dihempap sebatang pokok yang tumbang di kawasan Seksyen 7, Shah Alam, tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian sekitar jam 12.11 tengah hari sebelum mengerahkan anggotanya ke lokasi kejadian.

“Komander operasi melaporkan sebatang pokok telah tumbang kemudian menghempap sebuah kereta MPV jenis Mitshubishi Xpander.

“Terdapat dua orang mangsa tersepit dan kerja kerja mengeluarkan mangsa masih sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, mangsa yang terlibat adalah Nur Shahidah Abdul Aziz, 39, yang cedera di bahagian muka dan kepala manakala Shareena Fairuz Abdul Manaf, 42, cedera di bahagian pinggang.

Kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading