Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ELEWSMART ‘DISERBU’ PEMBELI

DALAM NEGARA

ELEWSMART ‘DISERBU’ PEMBELI

KUALA LUMPUR: Hari pertama pembukaan pasar raya Elewsmart milik pendakwah terkenal Ebit Lew mendapat sokongan luar biasa dari pembeli.

Berdasarkan perkongsian video di Instagram rasmi Ebit Lew, orang ramai beratur panjang lebih dua kilometer untuk memasuki pasar raya berkenaan yang membuka cawangan pertamanya di Bandar Baru Bangi.

Walaupun cuaca panas, ia tidak menghalang orang ramai beratur untuk melihat sendiri tawaran pasar raya berkenaan yang sebelum ini dilaporkan akan menjual barangan pada harga rendah bagi membantu golongan yang memerlukan.

Ebit Lew dalam catatan di Instagram rasminya meluahkan rasa terharu ke atas sokongan orang ramai terhadap usahanya.

“Ya Allah, sebak, sayu rasa di pembukaan Elewsmart Bandar Baru Bangi. Terima kasih semua yang mendoakan.

“Ramainya orang yang hadir memberi sokongan dan mendoakan. Jauh-jauh datang. Semua beri isyarat wajah dan tangan. Maksudnya kita semua sebuah keluarga,” katanya.

Video orang ramai beratur memasuki Elewsmart yang dikongsi Ebit Lew ditonton lebih 200 ribu orang dalam masa satu jam selepas dimuat naik.

Para pengikut di Instagram beliau turut meluahkan penghargaan kepada Ebit Lew atas usaha murninya membuka pasar raya yang menjual barangan pada harga rendah.

“Alhamdulillah. Semoga semakin melimpah ruah rezeki ustaz sekeluarga,” antara ucapan yang dikongsi pengikut Instagram Ebit Lew di ruangan komen videonya. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading