ENAM PENGIKUT AJARAN SESAT SI HULK HINA NABI MUHAMMAD DIKENAL PASTI

Video tular memaparkan empat lelaki menyokong ajaran Si Hulk.

JOHOR BAHRU: Polis telah mengenal pasti enam individu yang dipercayai ahli kumpulan ajaran sesat ‘Si Hulk’ yang menghina Islam dan Nabi Muhammad di aplikasi Tiktok.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata video terbabit jelas menampakkan wajah enam pelaku dalam dua video berasingan.

Katanya, kesemua enam individu yang dianggarkan berusia 20 hingga 30 tahun itu diminta menyerah diri sebelum ditangkap pihak polis.

“Enam orang telah dikenal pasti dan tindakan akan diambil. Sebaiknya mereka menyerah diri sebelum ditangkap pihak polis,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen Johor di Johor Bahru.

Pada 19 Mac, tular rakaman video berdurasi seminit 17 saat memaparkan empat lelaki mengaku menyokong ajaran Si Hulk dan menyebut beberapa ayat menyeleweng akidah antaranya Nabi Muhammad SAW adalah Allah.

Sebelum itu juga, terdapat dua individu berlainan turut menyebarkan rakaman mengenai fahaman itu di medium yang sama.

Jawatankuasa Fatwa Negeri johor telah memutuskan fahaman serta ajaran Si Hulk yang diasaskan Suhaini bin Mohammad adalah sesat, menyeleweng dan bertentangan dengan akidah, syariah serta akhlak Islam, sejak Julai 2021. –AlHijrah Online

Leave a Reply