Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GREECE GUNA BLOK KONKRIT 5-KAKI HALANG PELARIAN

DUNIA

GREECE GUNA BLOK KONKRIT 5-KAKI HALANG PELARIAN

EDIRNE: Bermula semalam, Greece menggunakan blok konkrit lima kaki di sempadan Kastanies, bersebelahan Turki bagi menghalang pelarian, demikian lapor agensi berita Anadolu.

Pengawal sempadan Greece juga melepaskan tembakan gas pemedih mata untuk menghalau pelarian yang menghampiri pintu sempadan.

Tiga kanister gas pemedih mata ditembak ke kawasan stesen gendarmerie di sebelah Turki.

Hampir 2,500 pelarian telah dicederakan pengawal sempadan Greece yang menggunakan keganasan selepas kelompok pelarian itu tidak dihalang pihak berkuasa Turki ke sempadan Greece sejak dua minggu lalu.

Bulan lalu, Turki membuka pintu sempadannya ke Eropah selepas menuduh Kesatuan Eropah (EU) gagal menunaikan janji pada 2016 untuk membantu menguruskan pelarian.

Amaran Ankara itu juga susulan serangan ke atas orang awam di Idlib, Syria, di mana sejuta pelarian kini menuju ke sempadan Turki.

Ankara berkata ia tidak lagi mampu menampung gelombang kedua pelarian di Turki yang kini menumpangkan 3.7 juta pelarian, khususnya dari Syria. — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading