Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HATI-HATI JEMPUTAN KAHWIN MENERUSI WHATSAPP

DALAM NEGARA

HATI-HATI JEMPUTAN KAHWIN MENERUSI WHATSAPP

Polis mengesan taktik terbaharu ‘scammer’ yang menggunakan hantaran jemputan majlis perkahwinan yang disebar melalui aplikasi WhatsApp.

SHAH ALAM: Polis mengesan taktik terbaharu ‘scammer’ yang menggunakan hantaran jemputan majlis perkahwinan yang disebar melalui aplikasi WhatsApp.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, helah itu untuk mencuri maklumat dan memperdaya orang ramai.

“Orang yang menerima mesej WhatsApp itu diminta untuk tekan pada link yang disediakan bagi mendapatkan kad jemputan kahwin.

“Itu satu helah dan cara ‘scammer’ untuk mencuri maklumat daripada orang ramai, seterusnya membuat pemindahan wang secara dalam talian,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Ramli berkata, orang ramai diminta untuk tidak membuka atau melayan mana-mana mesej atau hantaran yang meragukan.

“Taktik yang digunakan ‘scammer’ itu menggabungkan semua pihak yang saling mengenali antara satu sama lain dengan tujuan memberi ‘respond’ kepada link yang disediakan.

“Modus operandi taktik baharu ini melibatkan penggunaan data ‘group’ atau ‘contact list’,” ujarnya. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading