KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia tidak mempunyai pilihan lain kecuali membawa ibadah dan tradisi Ramadan ke rumah ketika negara berdepan dengan penularan wabak COVID-19.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, perkara itu adalah pilihan terbaik bagi umat Islam yang akan menyambut bulan Ramadan dengan new normal atau kebiasaan baharu.
Katanya, pilihan itu juga sejajar dengan tuntutan untuk menjaga agama dan menjaga nyawa dalam usaha semua pihak, termasuk kerajaan, memutuskan rantaian wabak pandemik global itu sepenuhnya.
“Kita bakal menyambut Ramadan dengan new normal, sudah pastinya agak sukar bagi kita dalam membiasakan satu perkara yang tidak biasa. Namun saya yakin ada hikmahnya,” katanya dalam perutusan khas yang disiarkan di stesen televisyen tempatan hari ini.
Zulkifli berkata new normal dimaksudkannya merujuk kepada beberapa perkara antaranya ketiadaan solat jemaah di masjid, termasuk solat Jumaat dan solat Tarawih, tiadanya majlis iftar atau berbuka puasa di masjid atau surau dan tiada jamuan moreh selepas solat Tarawih.
“Alternatifnya, hidupkan ibadah dan tradisi Ramadan kita bawa ke rumah kita,” kata menteri agama itu.
Zulkifli menegaskan kebiasaan baharu akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19 itu tidak bermakna pelaksanaan ibadah dihalang ke atas umat Islam.
“Tiada halangan ibadah tapi cara pelaksanaan. Berjemaah dibenarkan tapi di tempat (rumah) masing-masing,” katanya turut menjelaskan tiada Bazar Ramadan akan dibuka pada tahun ini bagi mematuhi arahan PKP.
“Buat masa ini, tidak ada lagi Jus Tebu Kak Mah di Bazar Ramadan Taman Suria, Jitra. Martabak Pak Ali di Bazar Ramadan Kampung Baru, KL, serta Bazar Ramadan di seluruh negara. Saya ulang, tidak ada Bazar Ramadan tahun ini,” katanya.
Zulkifli berkata, walaupun berdepan ujian COVID-19, kesemua umat Islam termasuk petugas barisan hadapan wajib berpuasa.
“Puasa tetap wajib ikut kemampuan tapi diharuskan berbuka kalau tak mampu atau dikhuatiri kalau terus (berpuasa itu) jejaskan fokus untuk rawat pesakit,” katanya menyifatkan mereka yang bekerja berjuang untuk negara, manakala mereka yang duduk di rumah juga menyumbang untuk memutuskan rantaian COVID-19.
“Frontliner jangan lupa bersahur. Pada sahur itu ada barakahnya. Anda perlu kuat untuk kami demi negara,” kata Zulkifli.
Mengulas lanjut, Zulkifli berkata Ramadan adalah bulan ujian buat umat Islam untuk menguji keimanan dan kesabaran seseorang individu.
Beliau juga menasihatkan umat Islam untuk mengambil kesempatan Ramadan dalam new normal itu dengan melakukan ibadah di rumah bersama-sama keluarga selain menggunapakai teknologi yang ada seperti aplikasi Skype untuk menjaga hubungan silaturahim.
“Mat buat apa di rumah di siang Ramadan? Takkanlah main Twitter saje? Bacalah al-Quran sama-sama. Ajak adik, kakak dan abang. Mungkin boleh buat tadarus al-Quran. Bukan sekadar itu, mak dan ayah boleh dengar dan betulkan.
“Sambil itu boleh buat pertandingan hafazan al-Quran, bukanlah 30 juzuk tapi surah yang pendek-pendek, dan perdengarkan pada atuk dan nenek di kampung melalui Skype atau video-conference,” katanya.
Zulkifli menegaskan apa yang berlaku ketika ini mempunyai hikmah di sebaliknya dan umat Islam perlu banyak berdoa kepada Allah swt supaya wabak penyakit berakhir secepat mungkin.
“Yakinlah, Allah melihat apa yang kita lakukan dan mendengar apa kita doakan,” katanya menegaskan tindakan yang dilakukan ketika ini adalah untuk memelihara nyawa semua pihak, termasuk umat Islam.
Ditanya mengenai sedekah di bulan Ramadan, Zulkifli berkata sedekah di bulan mulia itu amat dituntut dan banyak kelebihan serta boleh dilakukan melalui pelbagai cara antaranya dengan menyalurkan melalui badan bukan kerajaan (NGO) atau inisiatif agensi kerajaan seperti MusaadahCOVID19.
Zulkifli berkata Ramadan ini mungkin bulan yang terbaik untuk mencipta menu baharu dan menikmati bersama keluarga.
“Encik Ali boleh tempah nasi arab, sedekahkan kepada Ah Chong. Auntie Tan boleh tempah KFC sedekahkan kepada puan Wani, dan encik Nordin boleh tempah nasi kerabu sedekah kepada uncle Muthu. Ramadan adalah bulan sedekah, berkongsi kegembiraan dengan sesiapa sahaja di sekeliling kita,” katanya turut berpesan kepada umat Islam supaya tidak membazir di bulan yang mulia itu.
Zulkifli turut menasihatkan umat Islam memenuhi waktu malam Ramadan dengan ibadah bagi mengubat kerinduan kepada solat Tarawih.
“Kalau sebelum ini, Pok De rajin solat di masjid. Inilah masanya Mok De dan anak-anak solat berimamkan Pok De. Pok De pun, takkan asyik-asyik Surah al-Ikhlas dan Surah al-Takathur sahaja. Bacaan pun, tirulah Syeikh Bandar Balela dan Sheikh Abdul Rahman al-Sudais. Barulah seronok Mok De dan anak-anak solat. Hilanglah rindu nak bertarawih di masjid.
“Ramadan ini Ramadan kita dan kitalah yang mencorakkannya,” katanya. – AlHijrah Online/ Syed Azwan Syed Ali
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager