KUALA LUMPUR: Pasukan Tindakan dan Bantuan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMARET) hari ini melancarkan Kempen Bantuan COVID19 #KeranaKita Bersaudara untuk Indonesia yang masih bergelut dengan wabak COVID19.
Badan bukan kerajaan (NGO) medikal itu menyasarkan kutipan dana RM50,000 bagi fasa pertama untuk menghantar sekurang-kurangnya 5,000 topeng muka N95 kepada petugas barisan depan di negara jiran itu.
Ketua Koordinator IMARET, Dr Ahmad Munawwar Helmi Salim berkata, kempen bantuan kecemasan itu ekoran situasi COVID-19 yang semakin genting di Indonesia kini mencatat lebih 1,000 kes harian, hampir dua ribu kematian daripada lebih 33,000 kes jangkitan setakat semalam.
Katanya, media juga melaporkan kematian akibat komplikasi COVID19 membabitkan 55 petugas perubatan, termasuk 38 doktor, yang mana turut dikaitkan dengan isu kekurangan alat perlindungan diri (PPE).
“IMARET akan bekerjasama dengan IMANI Care (Persatuan Perubatan Islam Indonesia) yang berpangkalan di Jakarta dalam misi bantuan kemanusiaan itu yang akan dijalankan di atas semangat #KeranaKitaBersaudara.
“Kita akan hantar bantuan kecemasan 5,000 topeng N95 seberapa segera mungkin,” katanya kepada AlHijrah Online di sini hari ini.
Semalam, Dr Ahmad Munawwar menjadi tetamu undangan dalam slot SoundByte Berita AlHijrah yang disiarkan melalui IG Live dikemudikan Editor Berita AlHijrah, Syed Azwan Syed Ali membincangkan isu COVID19 di Malaysia dan Indonesia.
Kedua-duanya bersetuju terdapat keperluan mendesak untuk membantu Indonesia atas dasar kemanusiaan selepas Malaysia mencatatkan penurunan kes COVID19 sejak penguat kuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu.
“Ketika negara kita menuju normalisasi ekoran trend penurunan jangkitan COVID19 dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun (hari ini), adalah menjadi tanggungjawab kita membantu negara jiran ASEAN berdepan musibah wabak COVID19.
“Kelangsungan negara jiran, termasuk Indonesia, bukan hanya membantu negara terbabit tetapi usaha bersama masyarakat serantau ini untuk mengekang penularan wabak COVID19 di masa akan datang secara menyeluruh. #KeranaKitaBersaudara,” kata Dr Munawwar berterima kasih dengan sokongan padu rakyat Malaysia terhadap kempen COVID-19 sebelum ini.
Rakyat Malaysia sebelum ini menyumbang RM2.9 juta melalui Kempen Bantuan COVID19 IMARET sejak pelaksanaan PKP 18 Mac lalu yang digunakan untuk membekalkan PPE termasuk peralatan perubatan seperti ventilator, mesin ultrasound, isopods dan pelbagai kelengkapan kritikal lain kepada hospital dan klinik di 13 negeri, termasuk Sabah dan Sarawak.
Individu atau korporat ingin menyumbang boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Persatuan Perubatan Islam Malaysia CIMB: 8600 703 709 dengan rujukan COVID19 atau layari www.billplz.com/ImaretCovid19 — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
Pingback: iMARET SALUR 5,000 TOPENG N95 KE INDONESIA | ALHIJRAH ONLINE