Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISRAEL SERBU MASJID AL-AQSA, LEBIH 60 RAKYAT PALESTIN CEDERA

DUNIA

ISRAEL SERBU MASJID AL-AQSA, LEBIH 60 RAKYAT PALESTIN CEDERA

BAITULMAQDIS: Polis Israel hari ini menyerbu Masjid Al-Aqsa hingga menyebabkan berlaku pertempuran dengan rakyat Palestin.

(Gambar / AFP)

BAITULMAQDIS: Polis Israel hari ini menyerbu Masjid Al-Aqsa hingga menyebabkan berlaku pertempuran dengan rakyat Palestin.

Pertempuran yang berlaku selepas solat Subuh itu dilaporkan telah mencederakan lebih 60 rakyat Palestin.

Ketegangan dipercayai tercetus selepas polis Zionis bertindak masuk ke Masjid Al-Aqsa bagi menyuraikan sekumpulan individu yang berhimpun selepas solat Subuh.

Berdasarkan video yang tular, polis negara haram Israel dilihat menggunakan gas pemedih mata, bom tangan serta peluru getah dalam pertempuran dan dibalas rakyat Palestin dengan menggunakan batu.

Ketegangan antara Palestin dan Israel semakin memuncak sejak ketibaan Ramadan dengan beberapa siri pertempuran telah berlaku sejak minggu lalu. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading