Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JAKIM KERJASAMA DENGAN PIHAK BERKUASA PASTIKAN KES HINA ISLAM KE MUKA PENGADILAN

DALAM NEGARA

JAKIM KERJASAMA DENGAN PIHAK BERKUASA PASTIKAN KES HINA ISLAM KE MUKA PENGADILAN

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) terus bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), majlis agama Islam dan jabatan agama Islam negeri-negeri dalam memastikan kes penghinaan Islam dibawa ke muka pengadilan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. — Bernama

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) terus bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), majlis agama Islam dan jabatan agama Islam negeri-negeri dalam memastikan kes penghinaan Islam dibawa ke muka pengadilan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata mana-mana pihak menghina Islam akan dipanggil dan disiasat mengikut saluran undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

“Sepertimana proses siasatan dan pendakwaan kes-kes penghinaan Islam sebelum ini, ia menunjukkan bahawa kepentingan awam diambil kira bagi menjaga keharmonian bernegara.

“Agensi-agensi di bawah seliaan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) menyokong penuh penegasan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan bahawa kerajaan akan mengambil tindakan kepada sesiapa sahaja terlibat dengan perbuatan menghina agama tanpa pilih kasih selaras dengan peruntukan undang-undang negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sentiasa konsisten memelihara kesucian agama Islam serta menjaga keharmonian dalam konteks kemajmukan masyarakat selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Mohd Na’im berkata perbuatan segelintir pihak yang tidak menghormati sensitiviti agama di negara ini hingga mencetuskan kegelisahan awam adalah amat dikesali.

Justeru,beliau menyeru semua pihak untuk menghormati undang-undang serta proses siasatan yang sedang dilakukan oleh pihak berkuasa demi kepentingan negara. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading