Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JAKIM MENENTANG KERAS ADEGAN DRAMA TIDAK BERMORAL

DALAM NEGARA

JAKIM MENENTANG KERAS ADEGAN DRAMA TIDAK BERMORAL

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menentang keras penyiaran drama mempamerkan perbuatan dilarang agama Islam dengan aksi tidak bermoral yang melampaui batas serta bertentangan dengan norma masyarakat dan hukum syarak.

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menentang keras penyiaran drama mempamerkan perbuatan dilarang agama Islam dengan aksi tidak bermoral yang melampaui batas serta bertentangan dengan norma masyarakat dan hukum syarak.

Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata JAKIM mengambil perhatian serius isu video sedutan drama ‘Perempuan Itu’ yang tular di media sosial.

“Drama seumpama ini tidak wajar disiarkan pada bila-bila masa apatah lagi di bulan Ramadan.

“JAKIM telah menyatakan pendirian dan pandangan mengenai isu ini kepada pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Dalam Negeri dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia supaya tindakan tegas dapat diambil segera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hakimah berkata JAKIM menggesa semua pihak sama ada stesen penyiaran, penerbit, penulis skrip dan para pelakon agar lebih cakna dan mengelakkan isu-isu seumpama ini kerana ia akan menyerap masuk ke dalam jiwa masyarakat.

Ujarnya JAKIM tidak akan berkompromi dengan isu-isu seumpama ini dan akan sentiasa bersama dengan semua pihak berkuasa berkenaan bagi memantau dan mengambil tindakan sewajarnya agar ianya tidak berulang. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading