Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JKM, POLIS SELAMATKAN KANAK-KANAK PEREMPUAN DIDERA IBU TIRI

DALAM NEGARA

JKM, POLIS SELAMATKAN KANAK-KANAK PEREMPUAN DIDERA IBU TIRI

SEREMBAN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun diselamatkan Pegawai Pelindung Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan polis daripada terus menjadi mangsa dera ibu tirinya di sebuah rumah di Sikamat, dekat sini, Isnin lepas.

SEREMBAN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun diselamatkan Pegawai Pelindung Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan polis daripada terus menjadi mangsa dera ibu tirinya di sebuah rumah di Sikamat, dekat sini, Isnin lepas.

Pengarah JKM Negeri Sembilan Rosnah Sardi berkata mangsa kini sedang dirawat di Wad Kanak-Kanak Hospital Tuanku Ja’afar, di sini.

“Hasil siasatan mendapati kanak-kanak itu cedera di bahagian muka kiri dan telinga kiri, mengalami kesan cubitan di bahagian tangan, lengan, bahu dan belakang badannya selain kesan rotan di belakang badan dan kaki kiri.

“Kanak-kanak berkenaan turut mendakwa dia ditumbuk di bahagian perut dan kepala dan berasa sakit di beberapa bahagian badan selain berada dalam keadaan sangat lapar ketika diselamatkan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Rosnah berkata susulan itu satu perintah jagaan sementara di bawah Seksyen 25(2) Akta Kanak-Kanak 2001 akan dipohon selepas keadaan kanak-kanak itu stabil.

Beliau berkata Pegawai Pelindung Daerah Seremban akan menjalankan siasatan lanjut untuk menentukan penempatan tetap terbaik bagi kanak-kanak berkenaan selain syarat tambahan bersesuaian akan dica­dangkan kepada mahkamah demi kesejahteraan, kebajikan dan masa depannya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.

“Tangkapan dibuat terhadap seorang wanita warga Indonesia berusia 30 tahun yang merupakan ibu tiri mangsa pada Selasa lepas namun dijamin pada hari sama. Siasatan lanjut sedang dilakukan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang kanak-kanak pe­rempuan 10 tahun dipercayai menjadi mangsa dera ibu tirinya yang mendakwa mahu ‘mengajar’ kanak-kanak itu kerana mencuri lolipop di sebuah premis sebelum berjaya diselamatkan hasil aduan jiran mangsa.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading