Connect with us

ALHIJRAH NEWS

KANAK-KANAK LELAKI LEMAS, SEMBILAN SELAMAT BOT DINAIKI KARAM

DALAM NEGARA

KANAK-KANAK LELAKI LEMAS, SEMBILAN SELAMAT BOT DINAIKI KARAM

Seorang kanak-kanak lelaki lemas manakala sembilan individu selamat selepas bot penumpang dinaiki mereka karam dalam kejadian di perairan Kampung Rampaian Laut, Kota Belud, semalam.

KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak lelaki lemas manakala sembilan individu selamat selepas bot penumpang dinaiki mereka karam dalam kejadian di perairan Kampung Rampaian Laut, Kota Belud, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud Muhammad Syazwan Latun berkata kejadian berlaku kira-kira 1.05 tengah hari dan mangsa, Muhammad Hayrul Sufyan Fian yang berusia setahun ditemukan lemas oleh penduduk kampung sebelum kematiannya disahkan oleh pegawai perubatan.

Beliau berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada 2.22 petang dan sepasukan anggota digegaskan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 21 kilometer dari balai bomba berkenaan.

“Difahamkan mereka (mangsa) ke Pulau Mantanani untuk melawat keluarga. Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan pulang, bot dinaiki karam,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah dalam kenyataan memaklumkan bot itu membawa 10 penumpang masing-masing empat lelaki, tiga perempuan dan tiga kanak-kanak.

Sembilan daripada mereka berjaya menyelamatkan diri manakala seorang kanak-kanak lelaki ditemukan penduduk kampung dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada 4.15 petang.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading