Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Kedutaan terima bungkusan mencurigakan

DUNIA

Kedutaan terima bungkusan mencurigakan

Konsulat India dan Perancis antara yang terima bungkusan yang mencurigakan – Foto Reuters

MELBOURNE, 9 Januari – Sinar Online melaporkan pihak polis Australia sedang menyiasat bungkusan mencurigakan yang ditemui di beberapa kedutaan asing di Canberra dan Melbourne, lapor media tempatan hari ini.

Pasukan bomba Metropolitan Melbourne berkata, pihaknya dihubungi beberapa kali berhubung insiden tersebut di seluruh bandar. Antara kedutaan yang menerima bungkusan mencurigakan tersebut termasuklah Britain, Switzerland, Amerika Syarikat (AS) Pakistan, India, Perancis dan Korea Selatan.

“Bungkusan terbabit sedang diteliti oleh pasukan perkhidmatan kecemasan dan situasi di sekitar lokasi insiden turut disiasat,” kata Polis Persekutuan Australia.

Polis negeri Melbourne percaya insiden terbabit mempunyai sasaran khusus dan tidak menjejaskan komuniti.

“Kami berhubung rapat dengan AFP (Polis Persekutuan Australia) dan pihak berkuasa tempatan berkaitan situasi itu. Semua kakitangan kami selamat,” kata jurucakap Pesuruhjaya Tinggi British sambil mengesahkan, pejabatnya di Melbourne menerima bungkusan mencurigakan.

Sementara itu, konsulat Switzerland di Melbourne turut menerima bungkusan kecil berlabel yang kemudian segera dihantar kepada pasukan perkhidmatan kecemasan.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading