Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KEKASIH KELAR TEMAN WANITA KERANA CEMBURU DITAHAN

DALAM NEGARA

KEKASIH KELAR TEMAN WANITA KERANA CEMBURU DITAHAN

Suspek berusia 33 tahun ditahan ketika menyerah diri di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang.

KUALA LUMPUR: Polis menahan kekasih kepada wanita yang maut dikelar dalam pergaduhan dipercayai akibat cemburu di sebuah premis perniagaan di Serdang Perdana, Seri Kembangan, dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan, berkata suspek berusia 33 tahun ditahan ketika menyerah diri di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

“Suspek beralamat di Taman Muhibbah, Seri Kembangan itu mengaku terbabit kes pembunuhan berkenaan ketika disoal siasat.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek yang merupakan seorang pemandu lori, negatif dadah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, wanita berusia 29 tahun itu ditemui maut dengan kesan kelar di leher dipercayai akibat pergaduhan.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.–AlHijrah Online

Berita berkaitan – WANITA MAUT DIKELAR DALAM PERGADUHAN


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading