GAMBAR KERJA-KERJA PEMBERSIHAN DI SUNGAI KLANG YANG DIAMBIL PADA 17 DISEMBER 2019 OLEH MOHD RASFAN, AFP
Seringkali apabila isu alam sekitar menghiasi ruangan utama media massa lebih-lebih lagi berkenaan gangguan bekalan air akibat pencemaran lembangan sungai di Lembah Klang, peringatan Allah SWT melalui Ayat 41 Surah Ar-Rum akan diulang.
Dalam ayat ini, kita sebagai hamba-Nya sepatutnya sedar bahawasanya bala bencana dan kebinasaan di dunia ini yang berlaku dengan izin-Nya, tidak lain dan tidak bukan adalah angkara tangan-tangan manusia sendiri.
Lebih sedekad lalu, Paul Crutzen, pemenang anugerah Nobel bidang kimia 1995 juga telah membicarakan ‘Antropocene‘, terma yang digunapakai bagi memperihalkan era geologi di mana kesan kimia dan biologi akibat aktiviti manusia telah mengubah alam sekitar dalam skala global.
Bukti nyata yang mudah diakses oleh masyarakat melalui aplikasi pemetaan digital ialah kemunculan bandar mega di mana perubahan landskap alam buatan manusia berlaku dengan magnitud yang begitu pantas, mencetuskan kesan geo-fizikal jangka panjang yang belum terungkap.
Hasilnya, belum lagi situasi negara tenang angkara wabak COVID-19, kita dikejutkan dengan kejadian banjir kilat yang menyerang pada September tahun ini. Ironinya apabila ianya dituruti pula oleh beberapa siri gangguan bekalan air bersih di kawasan bandar mega yang sama.
BANJIR DI KUALA LUMPUR PADA 10 SEPTEMBER 2020 — GAMBAR IHSAN fotoBERNAMA
GAMBAR ARKIB MASALAH BEKALAN AIR
Masyarakat di negara ini perlu sedar akan peri pentingnya kelestarian alam sekitar kerana ianya berkait rapat dengan keamanan dan kemakmuran sesebuah negara. Di serata dunia, komuniti yang sedang menghadapi kekacauan sivil dilihat turut menghadapi masalah alam sekitar yang ketara
Ada kajian menunjukkan perkaitan terus di antara pencemaran alam sekitar dan lingkungan yang tidak sihat dengan konflik kekacauan sosial akibat daripada tekanan yang tinggi di kalangan ahli komuniti.
Menurut sejarah, kota raya Athens di zaman kegemilangan empayar Yunani pernah huru-hara kerana masalah pengurusan sampah sarap yang tidak efisien. Berlaku perselisihan dan tuduh-menuduh di antara parlimen dan pihak berkuasa tempatan dalam mengatasi masalah tersebut pada ketika itu.
Tidak ketinggalan, Bandar Corfu di Greece masa kini juga turut dibelenggu masalah yang sama. Berlainan dengan Basra di Iraq, pencemaran alam sekitar juga telah menjadi punca perbalahan teruk yang membawa kepada korban nyawa, akibat daripada ketiadaan akses kepada air minuman bersih.
Rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana dalam pada kita menghadapi masalah gangguan bekalan air bersih, tiada sebarang kekacauan berlaku malah aktiviti bantuan kemasyarakatan meningkat hasil semangat “Kita jaga kita”.
Dari perspektif berbeza, negara kita juga turut menyaksikan bagaimana ahli komuniti telah berganding bahu dalam aktiviti pemuliharaan alam sekitar yang membawa kepada keamanan. Beberapa kawasan perumahan dan organisasi bukan kerajaan telah memulakan inisiatif sendiri dalam merancang dan melaksanakan program kebun komuniti, sungai angkat dan program kitar semula.
Gerakan seperti itu sudah pastilah menunjukkan ciri-ciri masyarakat yang gemilang dan terbilang sesuai dengan aspirasi negara mencapai taraf negara maju.
Serumpun bak serai, sesusun bak sirih. Marilah kita bersama-sama membulatkan tekad dan muafakat dalam masyarakat, berhenti berterusan menuding jari dan bertindaklah untuk mencari penyelesaian dalam melestarikan alam sekitar, bermula dengan persekitaran terdekat kita.
Pelihara lembangan sungai dari dicemarkan, gunakan tenaga dengan bijak, urus sisa dan elakkan pembaziran.
Di kala cabaran tegar ekonomi negara menghadapi COVID-19 ini, memang sudah tiba masanya untuk kita sendiri menjaga tanah air kita yang tercinta ini dalam erti kata yang sebenar. — AlHijrah Online
Penulis adalah Pensyarah Kanan Program Sains Pengurusan Alam Sekitar, Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya dan Penyelaras Belia, RCE Central Semenanjung, UMCares Universiti Malaya.
Penafian: Artikel yang disiarkan AlHijrah Online ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial AlHijrah Media Corporation dalam isu yang dikupas.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
Pingback: KELESTARIAN ALAM SEKITAR PENYUMBANG KEAMANAN DAN KEMAKMURAN SESEBUAH NEGARA (Environmental Sustainability towards National Peace and Prosperity) | Dr. Zul Ilham Zulkiflee Lubes