KEMASUKAN TAHUN 1 USIA ENAM TAHUN FLEKSIBEL, BERGANTUNG KESEDIAAN IBU BAPA, MURID
Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan kemasukan awal kanak-kanak berusia enam tahun ke tahun satu akan dilaksanakan secara fleksibel, bukan bersifat wajib dan hanya melibatkan ibu bapa serta murid yang telah bersedia.
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan kemasukan awal kanak-kanak berusia enam tahun ke tahun satu akan dilaksanakan secara fleksibel, bukan bersifat wajib dan hanya melibatkan ibu bapa serta murid yang telah bersedia, kata Menterinya Fadhlina Sidek.
Beliau berkata ibu bapa perlu menilai kesediaan anak-anak mereka sebelum pendaftaran ke sekolah, manakala KPM akan menjalankan ujian diagnostik untuk mengenal pasti tahap asas pendidikan dan keperluan khusus setiap murid.
“Ini penting jika anak tidak bersedia dari segi psikologi dan emosi, kita tidak mahu ada impak kepada anak itu. Sebab itu, ibu bapa kenal pasti, kemudian KPM akan buat ujian ddaiagnostik dari segi psikomotor dan sebagainya.
“Tahun ini, KPM akan menetapkan satu garis masa bagi pengumpulan data kanak-kanak berusia enam tahun di seluruh negara dan ibu bapa yang mendapati anak mereka telah bersedia boleh meneruskan proses pendaftaran sebelum kanak-kanak berkenaan memulakan persekolahan di tahun satu pada 2027,” katanya.
Fadhlina berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035, di sini hari ini.
Terdahulu ketika pelancaran RPN 2026-2035, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bermula 2027, kanak-kanak yang berusia enam tahun boleh mengikuti pembelajaran tahun satu, namun ia tidak wajib dan bergantung kepada ibu bapa.
Mengulas kebimbangan kemungkinan berlaku lambakan murid dan isu prasarana sekolah tahun hadapan, Fadhlina menjelaskan pelaksanaan akan dibuat secara berperingkat dengan mendahulukan kanak-kanak yang benar-benar bersedia.
“Kegusaran ibu bapa pastilah tentang prasarana. Bila dah ramai kohort masuk tahun satu, pastilah isu prasarana akan menjadi isu tumpuan utama. Penyelesaiannya ialah kita mulakan dengan yang bersedia dahulu. Daripada data yang kita kumpul, barulah kita boleh susun persiapan termasuk prasarana,” katanya.
Beliau berkata kohort sedia ada murid berusia tujuh tahun akan diteruskan seperti biasa, manakala penambahan murid enam tahun ke tahun satu akan dibuat berdasarkan data dan kesiapsiagaan sekolah.
Fadhlina turut menasihatkan ibu bapa supaya tidak panik, sebaliknya menilai tahap kesediaan anak masing-masing bersama pihak KPM dan mengalu-alukan kanak-kanak yang benar-benar bersedia untuk memulakan pembelajaran lebih awal daripada kelaziman.
Guru juga bakal diunjurkan mengikut keperluan murid dan semua persiapan akan dilakukan bagi memastikan peralihan kanak-kanak ke sekolah rendah berjalan lancar.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests