Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KERETA TERBABAS, SEORANG MAUT DAN EMPAT TERMASUK BAYI CEDERA

DALAM NEGARA

KERETA TERBABAS, SEORANG MAUT DAN EMPAT TERMASUK BAYI CEDERA

KAJANG: Seorang maut manakala empat lagi termasuk seorang bayi berusia sebulan cedera apabila kereta yang dinaiki terbabas sebelum terbalik di Kilometer 11.8 Lebuhraya Grand Saga, malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10.45 malam. Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Khoo Suat Teng, 36, dipercayai penumpang hadapan kenderaan terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superitendan Azman Shariat berkata, kejadian berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Vios dinaiki keluarga itu brek secara mengejut sebelum berpusing dan terbalik.

“Kejadian menyebabkan penumpang hadapan bersama bayinya tercampak keluar, manakala tiga yang lain cedera ringan dan dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Azman berkata, pemandu kenderaan yang terselamat mendakwa dirempuh dari belakang oleh kenderaan lain menyebabkan dia terpaksa brek mengejut.

“Bagaimanapun pemeriksaan polis mendapati tidak terdapat kesan rempuhan di bahagian belakang kereta,” katanya.

Kenderaan tersebut dibawa ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk pemeriksaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading