Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KETUA PBB SUARAKAN KEBIMBANGAN TERHADAP RANCANGAN ISRAEL LUASKAN PENJAJAHAN DI GAZA

DUNIA

KETUA PBB SUARAKAN KEBIMBANGAN TERHADAP RANCANGAN ISRAEL LUASKAN PENJAJAHAN DI GAZA

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pada Isnin menyuarakan kebimbangan terhadap laporan mengenai rancangan Israel untuk memperluaskan penjajahan di Gaza, sambil memberi amaran bahawa ia akan mengakibatkan lebih banyak kematian dan kemusnahan.

Sumber Gambar: AFP

HAMILTON: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pada Isnin menyuarakan kebimbangan terhadap laporan mengenai rancangan Israel untuk memperluaskan penjajahan di Gaza, sambil memberi amaran bahawa ia akan mengakibatkan lebih banyak kematian dan kemusnahan, lapor Anadolu Ajansi.

“Saya boleh memberitahu anda bahawa Setiausaha Agung bimbang dengan laporan mengenai rancangan Israel untuk memperluas operasi darat dan melanjutkan kehadiran tenteranya di Gaza,” kata jurucakapnya Farhan Haq dalam sidang media.

Menyifatkan rancangan Israel itu akan membawa kepada kematian lebih ramai orang awam dan kemusnahan yang lebih dahsyat di Gaza, beliau berkata: “Apa yang paling penting sekarang ialah menamatkan keganasan, bukan menambah kematian dan kehancuran.”

“Gaza adalah, dan mesti kekal sebagai sebahagian daripada negara Palestin masa hadapan,” katanya, sambil mengulangi seruan Guterres untuk gencatan senjata serta-merta dan berkekalan, serta pembebasan semua tahanan.

Terdahulu, Kabinet Keselamatan Israel sebulat suara meluluskan rancangan untuk memperluas serangan ketenteraan yang sedang berlangsung di Gaza dan menduduki kawasan-kawasan dalam wilayah itu.

Sejak serangan bermula pada Oktober 2023, lebih 52,500 penduduk Palestin kebanyakannya wanita dan kanak-kanak terbunuh akibat serangan kejam Israel di Gaza. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading