SELANGOR KENAL PASTI 17 PROJEK KADAR SEGERA ATASI BANJIR DI KLANG – EXCO
Projek yang akan dilaksanakan meliputi kerja-kerja pelebaran longkang, pemasangan paip pembetung bagi laluan air serta menaik taraf jambatan di samping melibatkan kawasan kampung serta pembangunan skala kecil yang tidak terancang.
KLANG: Kerajaan Selangor mengenal pasti 17 projek yang perlu dilaksanakan dalam kadar segera di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) dalam usaha mengatasi masalah banjir.
Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri Datuk Izham Hashim berkata projek berkenaan akan dilaksanakan di 13 kawasan berisiko banjir yang telah dikenal pasti antaranya di Meru dan Pandamaran.
Beliau berkata projek yang akan dilaksanakan meliputi kerja-kerja pelebaran longkang, pemasangan paip pembetung bagi laluan air serta menaik taraf jambatan di samping melibatkan kawasan kampung serta pembangunan skala kecil yang tidak terancang.
“Ada antara projek ini akan dimulakan seawal minggu ini dan dijangka siap menjelang Oktober dengan anggaran lebih RM3 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan 17 projek kadar segera ini.
“Pelaksanaan 17 projek ini akan dibawa dalam Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) dalam tempoh dua minggu dari sekarang berikutan ada beberapa projek melibatkan pelaksanaan dasar kerajaan negeri,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Membincangkan Kemajuan Infrastruktur bagi kawasan seliaan MBDK di Ibu Pejabat MBDK di sini hari ini.
Izham berkata kesemua projek itu akan diselaras Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor dengan kerjasama beberapa agensi lain antaranya MBDK dan Jabatan Kerja Raya (JKR).
Beliau berkata projek-projek berkenaan merupakan usaha kerajaan negeri mengurangkan banjir khususnya banjir kilat yang kerap berlaku sementara menunggu Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di kawasan Klang siap sepenuhnya.
Selain projek langkah segera, sebanyak 15 projek mitigasi banjir berbentuk jangka masa sederhana dan panjang melibatkan Kerajaan Persekutuan turut dilaksana dengan dana hampir RM45 juta, katanya.
Sementara itu Izham berkata JPS juga mengenal pasti lebih 300 kolam tadahan tidak bertuan dan menjadi antara faktor berlakunya banjir susulan tidak diselenggara dengan betul.
Izham berkata berikutan itu JPS dalam proses mengambil alih kolam-kolam berkenaan secara berperingkat dan ketika ini, kira-kira 55 kolam telah diambil alih.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests