Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MALAYSIA TIDAK KENAKAN TARIF 47 PERATUS KE ATAS IMPORT AS, PURATA HANYA 5.6 PERATUS

DALAM NEGARA

MALAYSIA TIDAK KENAKAN TARIF 47 PERATUS KE ATAS IMPORT AS, PURATA HANYA 5.6 PERATUS

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan Amerika Syarikat (AS) bahawa Malaysia mengenakan tarif sebanyak 47 peratus ke atas import negara itu ke Malaysia.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan Amerika Syarikat (AS) bahawa Malaysia mengenakan tarif sebanyak 47 peratus ke atas import negara itu ke Malaysia.

Beliau berkata pengiraan itu dibuat berdasarkan nisbah mudah defisit dagangan AS dengan Malaysia ketimbang jumlah importnya dari Malaysia pada 2024.

Anwar berkata dakwaan ini telah digunakan sebagai asas oleh AS untuk mengenakan tarif timbal balas sebanyak 24 peratus ke atas Malaysia iaitu pengurangan 50 peratus ke atas tarif 47 peratus yang dikata dikenakan oleh Malaysia ke atas import dari negara itu.

“Kita menganggap pengiraan ini tidak mencerminkan tahap tarif sebenar dan tidak berlandaskan teori ekonomi yang kukuh. Hakikatnya secara purata, tarif dikenakan ke atas import barangan AS ke Malaysia hanyalah pada kadar 5.6 peratus.

“Ini diakui Pejabat Perwakilan Perdagangan Amerika Syarikat dalam laporan “2025 National Trade Estimate Report on Foreign Trade Barriers of the President of the United States on the Trade Agreements Program” yang diterbitkan 31 Mac 2025,” kata Perdana Menteri pada sesi penerangan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat berhubung tarif AS, hari ini.

Anwar berkata kerajaan mengambil serius terhadap tindakan pengenaan tarif timbal balas oleh AS.

“Oleh itu, mengambil kira kepentingan AS sebagai destinasi eksport dan sumber pelaburan asing terbesar Malaysia, kerajaan berpendirian bahawa sebarang cabaran terhadap hubungan perdagangan perlu ditangani secara pragmatik dan berteraskan kepentingan negara, di samping mengekalkan hubungan baik dengan semua rakan dagang Malaysia,” kata beliau. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading