LAPOR KEPADA JABATAN AGAMA JIKA TERDAPAT PENDAKWAH LUAR NEGARA MERAGUKAN
Umat Islam di negara ini dinasihatkan untuk melaporkan kepada pihak berkuasa Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing, sekiranya mendapati terdapat pendakwah jemputan dari luar negara yang meragukan.
KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini dinasihatkan untuk melaporkan kepada pihak berkuasa Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing, sekiranya mendapati terdapat pendakwah jemputan dari luar negara yang meragukan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata ini kerana kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan, bagi memastikan pihak berkuasa agama negeri dapat menjalankan siasatan terperinci sekali gus membendung pendakwah yang tidak diiktiraf.
“Kalau garis panduan Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), kita tegas bahawa pendakwah yang tidak bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah kita tiada masalah, yang menimbulkan konflik dan pepecahan kita tak benarkan.
“Sebab itu saya nasihat terutamanya yang nak belajar ilmu, biarlah dengan guru yang beramal dengan ilmu dia, buat perbandingan dengan ustaz yang mendapat kelulusan pihak berkuasa. Mana yang menghuraikan hal agama pelik-pelik itu tak perlu ikut dan terus lapor kepada jabatan agama untuk ambil tindakan,” katanya ketika ditanya mengenai isu membabitkan seorang pendakwah, yang dikatakan berasal dari keturunan Nabi Muhammad SAW yang datang ke Malaysia untuk mengadakan ceramah di beberapa negeri.
Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji dan Penghargaan Sahabat Korporat Musim Haji 1443 Hijrah di Menara Tabung Haji di sini hari ini.
Ditanya mengenai Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Rang Undang-undang 355 yang tidak dapat dibentangkan kerana pembubaran Parlimen, Idris berharap ia dapat dibentangkan oleh kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Jelasnya, cadangan rang undang-undang itu telah dipersetujui di peringkat Jemaah Menteri pada 26 Ogos lepas dan kini ia berada di peringkat Pejabat Peguam Negara, namun tidak sempat dibentangkan susulan pembubaran Parlimen.
“Justeru saya berharap mana-mana kerajaan baharu yang dipilih selepas PRU15 nanti, dapat meneruskan pembentangan rang undang-undang itu dalam usaha memperkukuh bidang kuasa jenayah syariah di negara ini,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked