Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LARANGAN EKSPORT PENUTUP HIDUNG DAN MULUT PASTIKAN BEKALAN MENCUKUPI

DALAM NEGARA

LARANGAN EKSPORT PENUTUP HIDUNG DAN MULUT PASTIKAN BEKALAN MENCUKUPI

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah melarang eksport semua penutup hidung dan mulut yang dikeluarkan oleh syarikat tempatan bagi memastikan bekalannya mencukupi untuk rakyat Malaysia sepanjang tempoh pandemik COVID-19, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Setakat ini bekalan penutup hidung dan mulut ini belum lagi sampai ke tahap yang memuaskan dan kita telah mengambil keputusan untuk mengimportnya daripada China,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata demikian pada sidang media khas selepas mempengerusikan mesyuarat kedua Majlis Tindakan Ekonomi di Putrajaya, hari ini.

Menurut Muhyiddin, syarikat-syarikat tempatan mengalami kesukaran untuk mengeluarkan penutup hidung dan mulut yang secukupnya berikutan kekurangan bahan mentah. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading