Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI MAUT TERJATUH DALAM RUANGAN LIF

DALAM NEGARA

LELAKI MAUT TERJATUH DALAM RUANGAN LIF

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat ke dalam ruangan lif di sebuah pusat beli belah di Jalan Loke Yew, di sini hari ini.

Kejadian melibatkan mangsa berusia 33 tahun yang sedang menyelenggara lif di tingkat empat pusat beli belah tersebut sebelum terjatuh ke tingkat bawah.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari MERS999 berkenaan orang terjatuh dalam ruangan lif.

Sebaik menerima panggilan tersebut, pihaknya menghantar seramai 14 anggota bersama jentera-jentera ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati seorang mangsa lelaki telah berada di tingkat bawah (B2) dalam ruangan lif pusat membeli belah berkenaan.

“KKM mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan maklumat daripada pihak penyelenggaraan, mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat empat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pasukan bomba menggunakan peralatan ‘basket stretcher’ dan tali untuk menarik dan mengeluarkan mangsa daripada lubang lif berkenaan yang dianggarkan berkedalaman enam kaki dari pintu lif B2.

Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading