LORI TRELER HILANG KAWALAN REMPUH 8 BUAH KERETA

Sumber Gambar: Ihsan IPD Bentong

BENTONG: Kemalangan lori treler merempuh lapan buah kereta di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, di sini hari ini, berpunca daripada hilang kawalan.

ARTIKEL BERKAITAN – KEMALANGAN LORI KONTENA, BEBERAPA BUAH KERETA DI LEBUHRAYA PANTAI TIMUR

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.30 pagi tadi melibatkan dua buah MPV jenis Mitsubishi dan Toyota Estima, lima buah kereta jenis Perodua Axia, Perodua Myvi, BMW, Toyota Vios, Proton Saga, kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dan sebuah treler jenis Volvo.

Ketua Polis Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata, siasatan mendapati lori treler dari arah Kuala Lumpur yang dipandu lelaki tempatan berusia 42 tahun telah hilang kawalan semasa tiba di lokasi kejadian

“Pemandu treler mengalami kecederaan ringan di bahagian lengan dan dahi, manakala pemandu kereta lain tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya, hari ini.

Kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang daripada RM4,000 dan tidak melebihi RM10,000 serta boleh dipenjarakan dalam tempoh tidak lebih 12 bulan.

“Polis IPD di sini meminta orang ramai yang melihat kejadian supaya dapat tampil membantu polis untuk membuat siasatan.

“Saya menasihati orang orang ramai yang menggunakan Lebuhraya Karak – Kuala Lumpur supaya lebih berhati-hati ketika memandu serta memastikan kenderaan diselenggarakan dengan baik sebelum memulakan perjalanan,” katanya.–AlHijrah Online

One comment

Leave a Reply