SHAH ALAM: Belum reda trauma akibat banjir besar yang berlaku hujung tahun lalu, peniaga dan penduduk di Seksyen 13 di sini sekali lagi diuji apabila rumah mereka mengalami kerosakan teruk selepas dibadai ribut kencang dan hujan lebat kelmarin.
Pemilik Dapur Warisan, Ismahadi Mohammad berkata, belum pun sempat menghela nafas lega untuk menstabilkan pendapatan perniagaannya akibat perintah kawalan pergerakan (PKP) dan banjir, beliau sekali lagi diuji dengan ribut yang membadai restorannya.
“Anggaran kerugian dalam RM15,000. Kalau termasuk kerugian semasa banjir dengan lantai semua dalam lebih kurang RM20,000,” katanya
Bagaimanapun dia bersyukur kerana tiada kerosakan barangan atau peralatan lain.
Berkongsi pengalaman berdepan ribut yang berlaku sekitar 5 petang kelmarin, katanya, dia sama sekali tidak menyangka hujan dan angin yang kelihatan biasa itu berubah menjadi ribut berbentuk pusaran hingga memusnahkan 90 peratus struktur bumbung restorannya.
“Waktu tiba-tiba angin kuat datang tu semua benda melayang, kita tak sempat nak buat persediaan apa, cuma sempat pindahkan yang mana dekat dengan kita.
“Dan paling utama saya arahkan budak-budak (pekerja) ni berlindung dulu sebab pisau, periuk belanga semua terbang melayang,” katanya.
Tambahnya, ribut itu mulai reda sekitar 6 petang namun terpaksa menghentikan operasi perniagaanya lebih awal untuk melakukan kerja-kerja pembersihan dan mula berniaga seperti biasa pada semalam.
Beliau juga bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa dan kecederaan berlaku ketika kejadian.
Sementara itu, Maliah Mohamad, seorang penduduk yang ditemui di sini berkata, situasi ribut itu menimbulkan rasa cemas dan bimbang jika ia berlarutan lebih-lebih lagi apabila kebanyakan mereka masih trauma dengan banjir besar yang pernah melanda kawasan itu.
“Kami yang ada di Seksyen 13 ni memang masih ada trauma tu bila hujan lebat, dengan ribut lagi kita takut banjir akan datang lagi.
“Saya pun masih risau kalau air naik, rasa nak lari je,” katanya
Meskipun terpaksa berdepan ujian demi ujian, rata-rata penduduk yang ditemui tetap bersyukur dan meneruskan kehidupan seperti biasa kerana bagi mereka pasti terselit hikmah disebalik setiap ujian. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager