Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI TERJUN TINGKAT 12 SELEPAS DIPERCAYAI TIKAM ISTERI

DALAM NEGARA

LELAKI TERJUN TINGKAT 12 SELEPAS DIPERCAYAI TIKAM ISTERI

Gambar Hiasan

GEORGETOWN: Seorang lelaki terjun dari tingkat 12 sebuah pangsapuri di Paya Terubong, Georgetown selepas dipercayai menikam isterinya dengan sebilah pisau sehingga mati.

Menurut laporan, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V Saravanan berkata, mayat lelaki berusia 54 tahun itu ditemukan orang awam dalam keadaan berlumuran darah di tingkat bawah berhampiran parkir pangsapuri berkenaan.

Saravanan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian terjun di pangsapuri itu kira-kira jam 7.38 pagi sebelum mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk tindakan lanjut.

Berdasarkan laporan, Saravanan memaklumkan, pada tengah hari seorang wanita yang merupakan ibu mangsa telah tampil ke balai polis memaklumkan kediaman anaknya berkunci.

Pihak polis yang kemudiannya masuk ke unit rumah berkenaan telah menemui seorang wanita terbaring di atas katil dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia pihak forensik yang tiba di lokasi.

Hasil pemeriksaan menemukan kesan tikaman di badan mangsa termasuk satu di leher dan siasatan mendapati wanita itu merupakan isteri kepada mangsa yang terjun dari tingkat 12.

Saravanan dilaporkan berkata kejadian disyaki akibat pergaduhan suami isteri berkenaan dan tiada tanda kediaman itu dipecah masuk.

Ketika kejadian, anak lelaki pasangan terbabit yang berusia 18 tahun dilapor berada di rumah neneknya di Air Itam, Georgetown. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading