LELAKI WARGA EMAS RENTUNG DALAM KEBAKARAN

LPD investigating fires in downtown dumpsters
Gambar Hiasan.

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga emas ditemui rentung dalam kebakaran di sebuah teres di Kepong Baru, malam tadi.

Mangsa berusia 74 tahun itu berada dalam keadaan lumpuh, dijumpai maut di ruang tamu di kediaman rumahnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat JPBM Sentul, Mohd Hafizan Hassan berkata pihaknya menerima maklumat tentang kejadian tersebut kira-kira jam 8.30 malam.

Mangsa tinggal seorang diri semasa kejadian berlaku di rumah tersebut.

Mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Menurutnya, unit pengesan K9 hadir ke lokasi untuk mengenal pasti punca kebakaran.—AlHijrah Online

Leave a Reply