Lima tentera Britain terbunuh di Syria

Britain terlibat dengan pakatan AS dalam memerangi Daesh di Syria – Foto Sinar Online

DAMSYIK, 10 Januari – Sekurang-kurangnya lima tentera Britain terbunuh dalam serangan roket dilancarkan kumpulan militan Daesh di timur Dayr Al-Zawr pada Sabtu lalu.

Agensi berita Al-Watan dalam laporannya berkata, serangan di perkampungan Al-Shfaah itu turut menyebabkan beberapa anggota tentera pakatan cedera. Dayr Al-Zawr terletak 450 kilometer di timur laut Damsyik.

Kerajaan United Kingdom (UK) belum mengulas laporan tersebut. Jika laporan itu disahkan, ia menjadi serangan kedua Daesh terhadap tentera Britain di Syria. Media Britain pada Ahad lalu melaporkan bahawa dua tentera Inggeris cedera dalam serangan serupa di bandar berkenaan. – Sinar Online

Leave a Reply