Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MANGSA BANJIR DI BACHOK MENINGKAT KEPADA 148 ORANG PETANG INI

DALAM NEGARA

MANGSA BANJIR DI BACHOK MENINGKAT KEPADA 148 ORANG PETANG INI

Mangsa banjir di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Bachok meningkat kepada 148 orang daripada 51 keluarga, petang ini.

Sumber: BERNAMA

KOTA BHARU: Mangsa banjir di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Bachok meningkat kepada 148 orang daripada 51 keluarga, petang ini.

Menurut InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dua PPS terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Pauh Sembilan, Tawang dan SK Jelawat.

“Dua PPS tambahan turut dibuka iaitu di SK Tapang di Kota Bharu dan SK Pengkalan Kubor 2 di Tumpat, namun setakat ini belum menempatkan sebarang mangsa banjir,” menurut InfoBencana JKM.

Semalam, Bernama melaporkan Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi Kelantan dan Terengganu hingga Rabu ini.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading