“JIKA ADA UPSR, KURIKULUM YANG DISEDIAKAN SANGAT TERHAD, ‘RIGID’ DAN HANYA TERTUMPU APA YANG ADA DALAM BUKU TEKS,”
Pengumuman pemansuhan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini oleh Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Dr. Radzi Jidin selepas 33 tahun ia dilaksanakan mengundang pelbagai pandangan daripada ibu bapa, guru dan juga pakar pendidikan.
Ada yang mengatakan ia tindakan wajar, tidak kurang juga mengatakan ia langkah terburu-buru kerajaan.
Ada ibu bapa yang setuju dengan pemansuhan itu kerana melihat anak mereka akan menjadi lebih kreatif dan fleksibel kerana tidak terikat dengan silibus-silibus peperiksaan dan tidak lagi memburu ‘A’ dalam mata pelajaran.
Orang awam, Syazana Sulaiman,36, berkata pelajar-pelajar akan dapat meneroka lebih banyak sisi pembelajaran yang lebih luas dan menyeronokan pada masa sama ia membuatkan pelajar tidak tertekan dengan sistem peperiksaan.
“Tetapi perlulah ada penilaian, atau kad laporan bagi menilai tahap seseorang pelajar itu,” jelas Syazana.
Ada juga penjaga yang sama sekali tidak bersetuju dengan langkah kerajaan itu.
Seorang ibu yang mahu dikenali sebagai Liyana, 35 berkata, pemansuhan UPSR membuatkan seolah-seolah sistem pendidikan tiada hala tuju pada peringkat rendah.
“Jika tiada peperiksaan, tidak mustahil ada ibu bapa yang tidak mahu menghantar anak ke sekolah lagi cukup hanya ‘homeschooling’ atau sekolah di rumah,” kata Liyana.
Tambah Liyana jika ada peperiksaan, ia dapat mengukur tahap pemahaman anak-anak dan ada perkara yang hendak dicapai apabila bersekolah.
Turut menjadi persoalannya cara pelajar dipilih untuk kemasukan ke tingkatan satu lebih-lebih lagi ke sekolah berasrama penuh.
“Biarpun ada yang menggunakan peperiksaan sekolah sendiri namun bagaimana ia hendak ditapis pengambilannya.
“Jika sebelum ini pelajar yang mendapat 4A atau 5A sahaja yang layak ambil peperiksaan khas itu, namun jika tiada UPSR bagaimana ia akan dilakukan?” kata Liyana.
Penulis turut mendapatkan pandangan beberapa orang guru.
Bagi seorang guru sekolah rendah yang sudah lebih 10 tahun berkhidmat namun enggan namanya disiarkan berpendapat, pemansuhan UPSR adalah wajar kerana pelajar dapat menikmati alam pembelajaran yang sebenar.
Katanya, pelajar tidak akan tertekan dan lebih bermotivasi serta guru pula dapat melihat tahap penguasaan pembelajaran murid-murid.
Manakala seorang lagi guru yang hampir 30 tahun mengajar di sekolah rendah pula berpandangan jika UPSR dimansuhkan, perlu ada satu kaedah penilaian yang dapat menilai kemampuan sebenar pelajar.
Sementara itu Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berpandangan, dengan ketiadaan UPSR, potensi dan kreativiti pelajar dapat lebih dikembangkan melalui sistem pempelajaran yang tidak berasaskan peperiksaan.
“Jika ada UPSR, kurikulum yang disediakan sangat terhad, ‘rigid’ dan hanya tertumpu apa yang ada dalam buku teks.
“Sedangkan dalam konsep pendidikan rendah atau pendidikan asas, apa yang cuba disampaikan oleh sistem pendidikan sepatutnya memberikan pengalaman dan penjelajahan ilmu yang luas kepada pelajar supaya mereka lebih tahu banyak perkara,” kata Dr Anuar.
Tambahnya lagi, pada peringkat rendah, sekolah sepatutnya menumpukan kreativiti dan minat murid bagi melahirkan pelajar yang lebih kritis dan inovatif.
“Penilaian guru ialah yang terbaik. Mereka tahu apa yang berlaku di bilik darjah berbanding penilaian lain seperti penilaian berpusat yang hanya mengukur sebahagian kecil keupayaan anak.
“Pentaksiran dalam bilik darjah terbukti dalam banyak kajian pentaksiran yang baik terutama di peringkat rendah,” katanya.
Menurutnya lagi, adalah tidak adil untuk mengkategorikan tahap pencapaian pelajar di peringkat paling awal kerana keupayaan dan kemahiran setiap pelajar adalah berbeza.
Di negara-negara maju seperti Jepun dan Finland, peperiksaan awam hanya diadakan pada peringkat persijilan iaitu sebelum mereka menjejakkan kaki ke menara gading.
Peperiksaan UPSR dimulakan pada 1988 menggantikan penilaian darjah lima dan selepas 33 tahun dilaksanakan ia akhirnya dimansuhkan pada 2021.
Bagi penulis apa pun keputusan kerajaan ketika ini mungkin sudah dikaji secara mendalam ke arah membawa Malaysia kepada sistem pendidikan negara yang lebih moden serta persiapan melahirkan generasi yang lebih kreatif dan inovatif.
Namun adakah langkah kerajaan ini akan berkesan atau tidak?
Semuanya bergantung kepada tempoh masa dan penglibatan pihak berkaitan. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests