Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SOP SOLAT JUMAAT DIPATUHI – AHMAD MARZUK

DALAM NEGARA

SOP SOLAT JUMAAT DIPATUHI – AHMAD MARZUK

KUALA LUMPUR: Tiada sebarang isu kepatuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) solat Jumaat sejak kerajaan membenarkan tambahan jemaah mengikut 1/3 kapasiti masjid atau surau.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, masyarakat dilihat memahami SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

“Alhamdulillah kebanyakan masyarakat memahami SOP dan norma baharu solat Jumaat.

“Semoga masjid kita kembali diimarahkan. Nikmat inilah yang sekian lama dinantikan,” kata Ahmad Marzuk dalam catatan di Facebook rasminya.

Dalam catatan di Facebook beliau, Ahmad Marzuk memaklumkan beliau hari ini berkesempatan menyampaikan khutbah di Masjid Sultan Zainal Abidin, Putrajaya.

Khutbah tersebut bertajuk “Mengimarahkan Masjid”.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut berkesempatan menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Zainal Abidin hari ini. — AlHijrah Online / Zaim Zamani


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading