Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MASKARGO GANTI SISTEM PENGURUSAN LOGISTIK

DALAM NEGARA

MASKARGO GANTI SISTEM PENGURUSAN LOGISTIK

MASKargo_Logo KUALA LUMPUR, 8 Jun – MAB Kargo Sdn Bhd (MASkargo) berjaya beralih kepada Sistem Pengurusan Logistik (LMS) berasaskan awan Unisys, bagi mengurus perkhidmatan kargo domestik dan antarabangsanya, menggantikan sistem sedia ada. MASkargo berkata kesemua fungsi sistem terasnya, daripada sistem berasaskan kerangka utama, telah beralih kepada LMS dan peralihan itu meliputi penyeragaman dan penyapaduan dengan sistem gudang automatik syarikat penerbangan itu. Menerusi satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif MASkargo Ahmad Luqman Mohd Azmi berkata berdasarkan ciri operasi harian syarikat itu, sistem tugas berat yang boleh diakses secara meluas, diperlukan. “Sebagai satu sistem berasaskan awan, ia akan membolehkan kami mengakses kedudukan terkini secara teratur dan membuat penambahbaikan pada masa hadapan. “Sistem berasaskan Internet itu menyediakan akses global secara langsung dan berkesan dari segi kos, dan membolehkan pengguna membuat tempahan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja berasaskan kawalan yang dibangunkan dalam sistem itu,” katanya. Naib Presiden Unisys Logistics Solutions Christopher Shawdon berkata LMS digunakan oleh syarikat penerbangan terkemuka di seluruh dunia bagi mengurus perniagaan kargo udara masing-masing. Model penyampaian berasaskan awan itu membolehkan syarikat penerbangan mengurangkan kos berbanding menggunakan sistem perisian tradisional, dan mempercepatkan tahap perubahan memandangkan penambahbaikan disalurkan kepada pelanggan setiap bulan, kata Shawdon. Model awan itu juga membantu ahli bekerjasama terhadap sebarang perkembangan baharu, katanya. MASkargo ialah bahagian kargo Malaysia Airlines Bhd, yang memproses kira-kira 1.5 juta kargo setahun. Ia adalah ejen pengendalian darat terbesar di Kuala Lumpur dan berperanan sebagai ejen kepada lebih 30 syarikat penerbangan asing di Advanced Cargo Centre, dalam menerima, memproses dan menghantar kargo yang dibawa dalam penerbangan asing. BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Continue Reading
You may also like...

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading