Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MAYAT PEMANDU HILUX TERJUNAM DI SUNGAI DIJUMPAI

DALAM NEGARA

MAYAT PEMANDU HILUX TERJUNAM DI SUNGAI DIJUMPAI

Jasad Shukri Wahab, 52, ditemui oleh orang awam kira-kira 6 kilometer dari lokasi kenderaan jenis Toyota Hilux yang dinaiki bersama isterinya dilaporkan terjatuh.

BESUT: Seorang lelaki yang dipercayai lemas selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terjunam di sungai dekat Jambatan Tembila pada semalam telah ditemui kira-kira jam 6.09 petang tadi.

Jasad Shukri Wahab, 52, ditemui oleh orang awam kira-kira 6 kilometer dari lokasi kenderaan jenis Toyota Hilux yang dinaiki bersama isterinya dilaporkan terjatuh.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Terengganu, Muhammad Basri Kamarazaman, mayat lelaki itu ditemui tersangkut pada pukat oleh orang awam yang turut membantu dalam operasi pencarian tersebut.

Mayat Shukri berjaya dibawa ke daratan pada jam 6.40 petang sebelum di hantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk siasatan lanjut.

Semalam, Berita AlHijrah melaporkan, perjalanan mangsa dari Bachok ke Kuala Terengganu untuk menghantar kad undangan majlis perkahwinan anak perempuannya berakhir tragedi apabila kenderaan pacuan empat roda yang dipandu terjunam ke dalam Sungai Tembila di Kampung Pengkalan Kubur. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading