MYVI REMPUH KUBUR, ANAK PEMANDU TANGGUNG KEROSAKAN

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tampil memberi penjelasan berkenaan gambar tular sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang merempuh kawasan perkuburan.

Menurut hantaran di Facebook Syafiq Sidek, dia yang merupakan anak kepada pemilik Myvi itu menjelaskan kejadian tersebut berlaku disebabkan ibunya mengalami hipoglisemia kerana menghidap kencing manis.

“Saya memohon seribu kemaafan kepada semua waris kubur yang telah rosak. Saya bertanggungjawab sepenuhnya atas segala kerosakan dan akan membaik pulih kubur seperti asal.

“Sebenarnya ibu saya alami ‘hipo’ (kurang gula dalam darah) kerana mengidap kencing manis dan berpuasa hari ini,” katanya dalam hantarannya di Facebook, hari ini.

Syafiq berkata, ibunya secara tiba-tiba tidak sedarkan diri dan tertekan pedal minyak ketika mahu membuat pusingan U.

“Alhamdulillah ibu saya selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Kini, saya sudah berada di balai polis untuk menyelesaikan kes ini,” jelasnya.

Terdahulu, tular beberapa keping gambar menunjukkan sebuah kereta Perodua Myvi dipercayai merempuh kawasan tanah perkuburan Islam di Senawang, Seremban.—AlHijrah Online

Leave a Reply