Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MURID TAHUN TIGA DIPUKUL, DICEKIK BAPA RAKAN SEKELAS

DALAM NEGARA

MURID TAHUN TIGA DIPUKUL, DICEKIK BAPA RAKAN SEKELAS

Seorang murid tahun tiga cedera selepas dicekik dan dipukul bapa rakannya dalam kejadian di luar sebuah sekolah rendah di sini, semalam.

KUALA TERENGGANU: Seorang murid tahun tiga cedera selepas dicekik dan dipukul bapa rakannya dalam kejadian di luar sebuah sekolah rendah di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Abdul Rahim Md Din berkata, kejadian kira-kira jam 1 petang semalam itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dan rakannya.

Menurutnya, sebelum kejadian mangsa dipercayai bermain sebelum bergaduh dengan rakan sekelasnya di luar pagar sekolah.

“Mangsa dikatakan telah menampar rakan sekelasnya itu dan apabila bapa rakannya datang, rakan mangsa telah mengadu dia ditampar oleh mangsa.

“Lelaki berkenaan kemudian dipercayai bertindak mencekik dan mengangkat mangsa sebelum menghempas ke bawah menyebabkan kepala mangsa mengalami luka kecil dipercayai terkena batu,” katanya.

Abdul Rahim menambah, susulan kejadian bapa mangsa telah membuat laporan polis.

Mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk menerima rawatan dan kes disiasat dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading