Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MUSAADAHCOVID19: PENDUDUK PPR, PETUGAS BARISAN DEPAN & TUJUH HOSPITAL TERIMA BANTUAN

DALAM NEGARA

MUSAADAHCOVID19: PENDUDUK PPR, PETUGAS BARISAN DEPAN & TUJUH HOSPITAL TERIMA BANTUAN

KUALA LUMPUR: Penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR), petugas barisan depan dan tujuh hospital antara penerima manfaat misi #MusaadahCOVID19 dijayakan agensi-agensi agama persekutuan hari ini.

Pagi ini, seramai 598 penduduk PPR Batu Muda Kuala Lumpur menerima bantuan RM500, yang meliputi RM300 barangan kering dan RM200 tunai, membabitkan peruntukan RM328,900 di bawah Program Foodbank Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM).

Majlis penyerahan bantuan yang berlangsung selama 10 minit kepada 12 wakil penduduk PPR Batu Muda itu disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri.

Selepas majlis Foodbank YAPEIM itu, Zulkifli menyampaikan sumbangan peralatan pernafasan iaitu BIPAP Machine (ICU), ventilator ICU, home ventilator dan barangan perubatan bernilai RM3.27 juta kepada tujuh hospital sumbangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Hospital terlibat adalah Hospital Kuala Lumpur, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital Putrajaya, Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Hospital Kanak-Kanak dan Wanita Tunku Azizah dan Hospital Labuan. 

Zulkifli kemudiannya menyampaikan sumbangan MAIWP yang berupa makanan kering kepada petugas barisan depan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM).

“MAIWP sangat menghargai usaha dan pengorbanan petugas hadapan di Hospital Kuala Lumpur dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Mereka berkorban masa dan tenaga menyantuni pesakit terutamana dalam situasi penularan COVID-19,” kata Zulkifli. 

Bermula semalam sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan pada 31 Mac depan, sebanyak 300 bungkus makanan akan dihantar setiap hari kepada HKL dan HCTM. 

“Terima kasih diucapkan kepada barisan hadapan semua hospital yang banyak berkorban di kala negara dilanda ujian COVID-19,” kata Zulkifli yang turut menzahirkan penghargaan kepada pembayar zakat Wilayah Persekutuan.

Beliau berkata zakat dibayar memberikan manfaat kepada banyak pihak ketika Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan bagi membendung penularan wabak COVID-19. – AlHijrah Online/ Syed Azwan Syed Ali


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading