Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA KES PERTAMA KORONAVIRUS DILAPORKAN DI GAZA

DUNIA

DUA KES PERTAMA KORONAVIRUS DILAPORKAN DI GAZA

Dua kes pertama COVID-19 dilaporkan di Gaza hari ini, demikian menurut pihak berkuasa kesihatan di wilayah konflik itu.

Dua individu terbabit adalah warga Palestin yang baru pulang dari Pakistan dan kini dikuarantinkan sejurus tiba di wilayah yang kepung dikepung rejim zionis Israel itu.

Kementerian Kesihatan Gaza dalam kenyataan berkata “dua warga Gaza disahkan positif selepas pulang dari Pakistan” sambil menegaskan kedua-duanya tidak meninggalkan pusat kuarantin berdekatan sempadan Mesir dan tidak bercampur dengan populasi umum, lapor agensi berita AFP.

Jurucakap kementerian, Ashraf Al-Qudra berkata kedua-dua lelaki yang dijangkiti itu berumur 30 tahun dan 40 tahun dalam keadaan stabil.

Gaza kini dikepung rejim zionis Israel sejak 2007 selepas Hamas menguasai wilayah konflik itu.

Wilayah itu sememangnya berdepan dengan krisis kemanusiaan akibat kepungan rejim zionis dan penularan wabak, jika tidak dihalang akan menyebabkan kesan dahsyat kepada dua juta populasi di wilayah Palestin itu.

“Jika virus ini menular, kami tidak akan dapat menghalangnya,” kata seorang lagi Jurucakap Kementerian Kesihatan, Majdi Thuhair kepada Middle East Eye awal minggu ini.

Kementerian Kesihatan Gaza dengan sokongan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dilaporkan menjadikan sekolah sebagai pusat kuarantin dengan kelengkapan 36 katil bagi individu dijangkiti dan 30 katil untuk gelaja biasa, kelengkapan yang amat daif jika berlaku penularan COVID-19. – AlHijrah Online/ Syed Azwan Syed Ali


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading