Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

NAHAS FRU: LIMA MASIH DI HOSPITAL

DALAM NEGARA

NAHAS FRU: LIMA MASIH DI HOSPITAL

Ketua Polis Hilir Perak ACP Dr Bakri Zainal Abidin berkata daripada jumlah itu tiga masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Teluk Intan (HTI) manakala seorang lagi di wad biasa hospital berkenaan.

IPOH: Lima anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaan pasukan dengan lori muatan batu di Teluk Intan minggu lepas, masih menerima rawatan di hospital.

Ketua Polis Hilir Perak ACP Dr Bakri Zainal Abidin berkata daripada jumlah itu tiga masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Teluk Intan (HTI) manakala seorang lagi di wad biasa hospital berkenaan.

“Dua anggota di ICU HTI dalam keadaan sedar dan diberikan bantuan pernafasan sementara seorang lagi menjalani prosedur pembedahan sejak pagi tadi,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Bakri berkata seorang lagi anggota yang menerima rawatan di ICU Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, berada dalam keadaan sedar dan diberikan bantuan oksigen.

Pada kejadian 8.50 pagi 13 Mei, sembilan anggota maut manakala sembilan lagi cedera selepas trak FRU dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan semasa dalam perjalanan pulang ke pangkalan di Sungai Senam di sini. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading