Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

NAHAS HELIKOPTER: DUA DISAHKAN MAUT, BEKAS CEO MAS ANTARA YANG TERSELAMAT

DALAM NEGARA

NAHAS HELIKOPTER: DUA DISAHKAN MAUT, BEKAS CEO MAS ANTARA YANG TERSELAMAT

KUALA LUMPUR: Dua individu maut dalam nahas melibatkan dua helikopter berhampiran Taman Melawati, Ampang, Selangor hari ini.

Dilaporkan dua helikopter tersebut bertembung di udara hingga mengakibatkan salah sebuah daripadanya terhempas manakala sebuah lagi helikopter terpaksa melakukan pendaratan kecemasan.

Dua mangsa yang maut iaitu Mohd Irfan Mohamed Rawi,41, dan Mohd Sabri Baharon, 56, berada di dalam helikopter yang terhempas.

Manakalah mangsa yang terselamat ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad (MAS) Datuk Ahmad Jauhari Yahya dan Tan Chai Elan.

Helikopter dinaiki Ahmad Jauhari dan Tan Chai Elan berjaya melakukan pendaratan kecemasan di padang sebuah sekolah tidak jauh dari lokasi helikopter yang terhempas. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading